Pelancaran Frog Classroom SMK Taman Hitech

30 April 2019

KULIM - Majlis pelancaran Frog Classroom telah diadakan pada 7 April lalu.

Pengetuanya, Md Saad Man, berkata, Frog Classroom dilaksanakan bagi mentranformasi bilik darjah kepada sebuah kelas yang ceria bertepatan tahap kolaborasi dan penglibatan murid untuk pembelajaran abad ke-21.

"Tranformasi bilik darjah ini dapat meningkatkan peratus penggunaan VLE Frog dalam kalangan murid.

"Penggunaan peralatan ICT membantu murid untuk meneroka maklumat yang meluas dan menggalakkan penggunaan KBATdalam kalangan murid," katanya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Penolong PPD Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu, Mazlan Osman.

Majlis itu turut dihadiri oleh wakil Frog Asia Sdn Bhd, Mazlyin Awang.

Source: https://www.gpsbestari.com/mobile/berita/pelancaran-frog-classroom-smk-taman-hitech-1.925588